Thursday, May 19, 2011

SEMINAR ISLAMIC PARENTING

Kasihilah anak yatim...

Salah satu akhlak mulia yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. adalah mengasihi anak yatim. Mereka memerlukan pertolongan dan kasih sayang, karena mereka tidak mungkin mendapatkan kasih sayang ayahnya yang telah tiada.
Suatu ketika Saib bin Abdullah ra. datang kepada Nabi saw. beliau bersabda:
“Wahai Saib, perhatikanlah akhlak yang biasa kamu lakukan ketika kamu masih dalam masa jahiliyah dahulu, laksanakan pula ia dalam masa Islam sekarang ini. Jamulah tamu, muliakanlah anak yatim, dan berbuat baiklah kepada tetangga.” Imam Ahmad dan Abu Dawud, Al-Albani : 4836
Dalam sebuah atsar disebutkan riwayat dari Nabi Daud as. berkata:
“Bersikaplah kepada anak yatim, seperti seorang bapa yang penyayang.” Imam Bukhori
Masuk syurga adalah pencapaian dan kejayaan yang paling tinggi mampu diraih oleh orang-orang yang beriman. Bagaimana pula dengan menemani Rasulullah saw. di dalamnya? Itu adalah darjat yang akan diraih oleh orang-orang yang mengasihi anak yatim.
Rasulullah saw. bersabda :
“Aku dan orang-orang yang mengasihi atau menyantuni anak yatim di Syurga seperti ini”, Kemudian beliau memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah seraya sedikit merenggangkannya.”Imam Bukhori
Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata: “Isyarat ini cukup untuk menegaskan kedekatan kedudukan pemberi layanan kasih dan sayang kepada anak yatim dan kedudukan Nabi, kerana tidak ada jari yang memisahkan jari telunjuk dengan jari tengah.”
Jika hati sedang keras, maka menyantuni anak yatim merupakan perbuatan mulia yang boleh menjadikan hati lembut dan kembali tenteram. Ia adalah ubat yang diwasiatkan oleh Rasulullah saw. Diriwayatkan oleh Abu Darda’ ra. berkata:
“Ada seorang lelaki datang kepada nabi saw. mengeluh akan kekerasan hatinya. Nabi pun bertanya: ”Sukakah kamu, jika hatimu menjadi lembut dan keperluanmu akan dipenuhi? Kasihilah anak yatim, usaplah mukanya, dan berilah makan dari makananmu, niscaya hatimu menjadi lembut dan lunak serta keperluanmu akan dipenuhi.” Imam Thabrani, Al-Albaniy : 254
Orang yang berbuat kebaikan kepada anak orang lain bermakna dia telah memasukkan rasa gembira di hati mereka, dan karena itu Allah swt. Yang Maha Pengasih dan Mencintai semua orang yang pengasih.
Rasulullah saw. bersabda :
“Orang-orang yang pengasih, akan dikasihi oleh Ar-Rahman (Yang Maha Pengasih) Tabaaroka wa ta’ala. Kasihilah siapa yang ada di bumi niscaya engkau dikasihi oleh yang di langit.” Imam Abu dawud, Tirmidzi, As silsilatu shohihah : 925

Keluarga Sakinah Pemangkin Ummah


"Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dari jiwa yang satu dan dari jiwa yang satu itu Dia menciptakan pasangannya, dan dari keduanya Dia memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak.”
(An-Nisa`: 1)


Asy Syahid Sayyid Qutb pula di dalam menafsirkan ayat pertama Surah an Nisaa’ telah menjelaskan:


“Keluarga sakinah merupakan salah satu tiang seri  yang mendokong masyarakat  Islam.  ....keluarga adalah tempat pengasuhan dan pengembelengan alami yang sanggup memelihara anak-anak yang sedang tumbuh, yang mampu mengembangkan fizik, daya pertimbangan, dan jiwa mereka.  Islam membangunkan sistem keluarga di atas asas yang kuat, cermat dan berangkat dari realiti kehidupan. 


Aturan yang ditawarkan oleh Islam menjamin terbinanya keluarga bahagia, lantaran nilai kebenaran yang dikandunginya, serta keselarasannya yang dalam fitrah manusia....


Al Qur’an membangunkan sebuah keluarga yang kuat untuk membentuk suatu tatanan masyarakat yang memelihara aturan-aturan Allah dalam kehidupan. Seorang muslim harus mempersiapkan pengabdiannya di tengah masyarakat dalam lingkungan keluarga. 
  
Al Qur’an mengaitkan aturan keluarga dengan masalah dasar keimanan.  Artinya aturan dan hukum Islam mengenai keluarga berasal dari Allah SWT dan hal ini adalah natijah dari keimanan kita terhadap keTuhanan-Nya, di mana ciri dasarnya ialah al Hakimiyah (yakni keyakinan bahawa Allah sebagai satu-satunya hakim, pembuat hukum, peraturan hidup).

Wednesday, May 18, 2011

TIPS KELUARGA BAHAGIA

1. Sebarkan Salam. Misalnya salam apabila hendak masuk rumah, keluar rumah, menerima atau menelefon, membiasakan anak kecil untuk bersalaman dengan tetamu.

2. Membiasakan berdoa dalam setiap aktiviti misalnya doa selepas solat, doa makan, doa masuk & keluar rumah, doa masuk dan keluar tandas, doa belajar, dan doa-doa lainnya

3. Membiasakan untuk membaca Al Quran bersama. Perlu disemak apabila bacaan Al Quran didengarkan

4. Panggil-memanggil dengan panggilan yang baik, seperti Rasulullah yang memanggil isterinya Aisyah dengan panggilan humairah (yang kemerah-merahan).

5. Membiasakan solat berjemaah. Untuk laki-laki, sangat digalakkan untuk berjamaah di masjid. 

6. Berolahraga rutin bersama keluarga rutin mingguan, jangan rutin bulanan atau malah tahunan. Tidak perlu jauh-jauh, yang paling utama adalah kerutinan dari olahraga tersebut.

7. Rehlah bersama keluarga. Dengan rehlah ini hubungan antara suami, istri, anak akan semakin dekat. tidak perlu yang jauh-jauh dan mahal-mahal. Seperti kata Aa Gym : 3M (Mulai dari yang kecil, mulai dari sendiri, mulai sekarang juga).

8. Bersikap lemah lembut (romantis) kepada suami ataupun istri. "Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih dan sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih dan sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih dan sayang. Dan apabila seorang suami memegangi jemari isterinya (dengan kasih dan sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya" (HR. Abu Sa’id). (ian)

Testimoni Seminar

Seminar Islamic Parenting ini dapat membantu saya;


1. Menyedari bahawa seorang lelaki punya tanggungjawab yang sangat penting dalam mendidik anak
2. Persiapan yang penting bermula dengan persediaan melengkapkan diri dengan Al Quran dan As Sunnah
3. Mempersiapkan diri sebagai seorang isteri bagi mendidik anak seawal usia bayi
4. Memperbaiki cara penyusuan sambil menanam konsep aqidah pada anak-anak
5. Mempersiapkan diri sebelum perkahwinan demi menentukan masa depan anak-anak yang bakal dicorak 'Children are shadows of their parents'
6. Mengukuhkan kefahaman tentang Tauhid Rububiyyan dan Uluhiyyah
7. Menyedari kelemahan diri dalam memahami konsep Tauhid yang sebenar
8. Membina keyakinan diri dalam menanam asas Tauhid kepada diri anak-anak
9. Memperbaiki cara menegur anak ketika melakukan kesalahan atau ketika anak melawan cakap
10. Menimbulkan keinsafan yang mendalam, dan terasa urgensi untuk dilaksanakan walaupun anak dah besar besar belaka.

Tuesday, May 10, 2011

MARILAH KITA MENGENAL ALLAH (sebagai RABB)


• Ajaklah anak-anak mulakan halaqat dengan membaca Ummul Qur’an - Surah al Fatihah  dan diikuti dengan membaca do’a menuntut ilmu

• Sediakan gambar-gambar binatang; tumbuh-tumbuhan; alam persekitaran (bukit,gunung, sungai) dan lain-lain untuk menunjukkan hasil ciptaan Allah, yang ada di sekeliling kita.  Sekiranya terdapat alat bantuan mengajar, misalnya: slide projector; atau/dan video player; penggunaan peralatan seperti ini adalah sangat membantu


AJAKLAH ANAK-ANAK KITA BERFIKIR!!


• Tanyakan kepada anak-anak siapakah Pencipta semua ini?

• Tanyakan siapakah yang menjadikan kita?